Saturday, March 31, 2012

BBQ bersama S1BP7




















ANA & NUR FARHANA





Ana ke Nur farhana??? Haha ia adalah orang yg sama. Nama btoi die Nur Farhana binti Kamaruzaman. Nama glamor die Ana. She is my best firend at KMNS. Die sorang yg baik,pandai,kelakar,sewel,mental and yg penting satu kepala ngan saya hehe. Pe motif tulis tentang die nie ea???? xd pe2 pn...saje2 je suka2 haha.












Coretan bonda ku

"Asyiqin"

Telatah Asyiqin kadang-kadang membuatku marah padanya,rengekannya kadang2 merimaskan aku kalau 'A' katanya, 'A' lah jawapannya setia[ kehendaknya pasti perlu dituruti walaupun aku marah yg amat sgt. Tapi aku pelik dia seakan tidak tahu takut bila dimarahi,mungkin kerana terlalu manja.

Kemarahan aku selalunya sekelip mata akan reda apabila mengingati kata2 suamiku, "Izah,kita turutkan saja kehendaknya, kita pun bukannya ada anak lain cuma syiqin la satu2nya anak kita". "Kesian dia,dia pun bukannya ada adik beradik lain,hanya pada kita tempatnya untuk bermanja".

Aku teramat sayang padanya bagiku dialah segala2nya. Dialah racun dialah penawae dialah penyeri rumah tangga yang aku bina hampir 12 tahun. Kalau diikutkan usia perkahwinan kami boleh dapat sekurang2nya 4 atau 5 orang anak tp tuhan telah menentukan rezeki seseorang. Kadang2 terfikir dibenak hati ini bagaimanakah nasibnya akan datang tanpa adik beradik yg lain.

Pernah sekali apapbila syiqin bergaduh dengan kawannya Atikah. Atikah berkata "Asyiqin tak ada kakak,Asyiqin tak ada abang",aduh pedih rasanya hati ini walaupun ianya luahan dari kanak2 seusia Asyiqin. Aku kasihan melihat Asyiqin tanpa insan lain yg bernama abang kakak dan adik.

"Emak...Asyiqin hendak adik banyak" ini sambil menunjukkan kesemua jari tangannya. Perkataan itu dan telatah itu sering terjadi dari usianya 4tahun lagi tatkala aku bersendirian bersamanya. Aku cuma mengiyakan sahaja walaupun dalam hati mustahil terjadi. "Asyiqin janganlah 10 orang,20 orang pun boleh kalau allah izinkan". "Asyiqin tahu tak,nak dapat asyiqin sorang pun susah". "Kenapa pula susah mak mengandunglah lagi,nanti dapat adik ramai,bole syiqin main dengan adik".

Aku terdiam sahaja apa aku nak cakap lagi,die seorang kanak2 yang tidak memahami apa itu takdir walaupun dijelas beberapa kali. Bagiku kalau diizinkan allah setakat 2 atau 3 orang lagi mungkin boleh memandangkan usiaku yg kian meningkat,tetapi itu semuanya takdir yang menentukan.

Dulu aku tidak sesunyi Asyiqin kerana aku mempunyai ramai adik beradik lapan oranglah katakan. Siang atau malam sama riuhnya tidak sesunyi asyiqin. Walaupun hidup kami adik beradik agak susahlah juga tetapi kami bahagia.....

Sebagai seorang ibu aku ingin kebahagiaan untuk asyiqin maklumlah anak manja sebab itu semua kehendaknya seboleh aku turut lebih2 lagi suamiku. Pernah dulu dizaman remaja aku perbah berangan alangkah bahagianya menjadi anak tunggal tentu manja, ini kerana salah seorang kawanku aak tunggal manjanya bukan main,apa yang diminta pasti dapat. Tak sangka pula angan2ku terjadi kepada anakku. Barulah aku tahu kesepian hidupmu tanpa adik beradik. Kadang2 aku menangis sendiri mengenangkan nasib asyiqin tetapi apakan daya semuanya takdir yang menentukan, kita sebagai hambanya harus bersyukur apa yang ada....

Tidak jemu2 aku berdoa selepas solat,agar tuhan kurniakan aku cahaya mata lagi. Ya Allah ya tuhanku kau makbulkanlah permintaan hamba ini, "kurniakanlah hambamu nini anak lagi bagi memenuhi permintaan seorang insan yg bernama ASYIQIN".


"Ini adalah luahan hati emak saya....pe2 pn Asyiqin iaitu saya dh besar skunk and dpt mengetahui pe tu takdir sebenarnya. Saya bersyukur walaupun saya xd adik beradik,kehidupan family saya bahagia. Parent saya sentiasa bersama saya walau pe jua keadaan pn" I love my parent so much !

Friday, March 30, 2012

Bye syg ku :(

Emmm lg 4minggu je dok matrikulasi nie...mesti sy windu kawan2 kt matrik,kawan2 kelas,kawan2 c2,kawan2 a3,kawan2 blok a,kawan2 blok c,kawan2 blok b hehe...cikgu2...cikgu2 chantek,cikgu2 ncem,cikgu2 cute,cikgu2 sporting hmmm....tp pe2 pn xnk la perasaan sedih nie menggangu mood nk study sy coz lagi 2minggu je nk masuk exam final dh hmm...lepas exam je terus kena berambus dr sini huhu